Allianz PowerLink adalah satu pelan yang menggabungkan semua keperluan anda yang merangkumi
(Pelaburan + Simpanan + Medical Card)
Bayangkan anda mempunyai satu pelan insurans yang dapat memenuhi semua keperluan perlindungan nyawa dan kesihatan anda. Selain daripada
tidak perlu membeli pelbagai pelan faedah pilihan, ciri-ciri pelaburan
PowerLink juga membolehkan anda menikmati pulangan pelaburan yang
lumayan. Apa yang paling menarik ialah, semua faedah ini boleh diperolehi
dengan hanya membayar premium serendah dari
RM100 sebulan!
PowerLink adalah satu pelan insurans “semua dalam satu” yang mempunyai ciri-ciri pelaburan dan gabungan beberapa faedah pilihan utama – penyakit kritikal, rawatan hospital dan pembedahan, pelepasan bayaran premium kemalangan diri dan banyak lagi. Pendek kata, semua perlindungan asas dan keperluan kewangan anda dilindungi dengan satu pelan sahaja!
Faedah-faedah pilihan utama dengan satu jumlah premium sahaja
Nikmatilah ketenangan minda dengan faedah-faedah utama seperti penyakit kritikal, rawatan hospital dan pembedahan, pelepasan bayaran premium, perlindungan kemalangan dan sebagainya.
Yang menarik sekali ialah anda hanya perlu membayar satu jumlah premium sahaja!
Keperluan khas
Pelan ini memberi anda kebebasan membuat pilihan untuk melindungi diri dan yang tersayang
dengan semua faedah pilihan atau sebahagian daripadanya. Misalnya, anda boleh memilih hanya MediCover, satu pelan rawatan hospital, untuk keperluan rawatan hospital & pembedahan anda atau semua faedah pilihan yang ditawarkan untuk perlindungan yang menyeluruh!
Premium rendah
Dengan pilihan untuk menambahkan beberapa faedah pilihan dalam satu jumlah premium, PowerLink mungkin merupakan pelan perlindungan yang terendah yang boleh anda dapat. Anda boleh memilih untuk membuat bayaran setiap bulan, suku tahunan, separa tahunan atau tahunan.
Mudah & tidak menyusahkan
PowerLink memberi perlindungan komprehensif untuk nyawa dan kesihatan anda dan juga peluang untuk mendapat pulangan pelaburan sekaligus. Ia mudah dan tidak menyusahkan kerana anda tidak perlu lagi membeli atau bersusah payah mengingati butiran beberapa pelan yang berlainan.